Kerjaya antarabangsa Nemanja_Matić

Debut Matić untuk pasukan bawah-21 Serbia berlaku ketika menentang came in a match against Denmark pada 11 Oktober 2008.[28] Selepas tiga perlawanan dan tiga gol untuk skuad bawah-21 Serbia, beliau telah dipanggil untuk menyertai pasukan senior dan membuat debut untuk pasukan senior ketika perlawanan persahabatan menentang Poland oada 14 Disember 2008 di mana Serbia tewas 1-0.[29]

Matić mengambil bahagian dalam Kejohanan bawah-21 UEFA 2009 di mana beliau bermain selama 85 minit menentang Itali dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, seri 0-0. Dalam perlawanan, Matić telah tercedera selepas berlanggar dengan penyerang Itali, Sebastian Giovinco. Kaki kanan beliau telah retak dan terpaksa melakukan pembedahan.[30]

Pada Disember 2012, Matić mengumumkan beliau tidak akan bermain untuk pasukan kebangsaan Serbia ketika Siniša Mihajlović menjadi jurulatih. Alasan yang diberi ialah beliau tidak berpuas hati dengan jurulatihnya yang selalu memasukkan beliau di akhir perlawanan.[31][32] Pada 6 September 2013, Matić kembali kepada pasukan kebangsaannya dalam kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Croatia, beliau masuk kepadang pada minit ke-75.[33][34]

Rujukan

WikiPedia: Nemanja_Matić http://www.chelseafc.com/news-article/article/3622... http://www.chelseafc.com/teams/first-team/nemanja-... http://www.fifa.com/ballondor/puskasaward/index.ht... http://www.fifa.com/worldcup/preliminaries/europe/... http://www1.skysports.com/football/live/match/2875... http://www1.skysports.com/football/news/11661/4658... http://www.soccerbase.com/players/player.sd?player... http://ie.soccerway.com/players/nemanja-matic/3547... http://int.soccerway.com/players/nemanja-matic/354... http://www.theguardian.com/football/2014/feb/03/ma...